Tuesday, December 7, 2010

Falsafah Pensil dan Kehidupan


Falsafah Pensil
Pada suatu petang yang teduh, seorang nenek kelihatan berkutat asyik dengan kegiatannya di halaman belakang sebuah rumah. Ia kelihatan sedang menuliskan sesuatu pada sebuah kertas ketika itu, kemudian cucunya datang menghampiri dan bertanya, "Nenek sedang menulis apa Nek, sepertinya asyik sekali. Pensilnya baru ya Nek?" Sambil tersenyum sabar, nenek menjawab. "Nenek sedang menulis tentang kamu, cucu nenek yang cantik dan pintar," ucapnya penuh sayang. "Tetapi, sebenarnya ada yang lebih penting dari isi tulisan ini, iaitu pensil yang nenek pakai untuk menulis ini."

Cucunya seketika merasa kebingungan mendengar kata-kata nenek tadi. Ia pun dengan saksama mengamati beberapa saat pensil yang ada di tangan nenek. Tak lama, cucunya berkata, "Selain pensilnya masih baru, rasanya tidak ada yang istimewa dari pensil ini nenek. Memang apa hebatnya pensil Nenek dibandingkan dengan pensil yang lain?"

"Benar cucuku. Pensil nenek sama sahaja dengan pensil yang lain. Maksud nenek, sebatang pensil bukan hanya dinilai dari bentuk fizikalnya, warna, atau panjang pendeknya, tetapi sebatang pensil sebenarnya mempunyai 5 kualiti unggul yang boleh menjadi pedoman ketika kita menjalani kehidupan ini," jelas nenek sambil mengelus lembut rambut cucu kesayangannya.

"Memangnya selain untuk menulis, kualiti apa lagi yang dipunyai oleh sebatang pensil ini Nek?" tanya si cucu ingin tahu. Dengarkan baik-baik ya..." ungkap nenek.

"Kualiti pertama yang perlu diperhatikan iaitu bahawa pensil dapat menjadi pengingat kita kalau kita boleh berbuat hal yang hebat dalam hidup ini. Yakni, mengingatkan bahawa seperti sebuah pensil ketika menulis, kita tidak boleh lupa bahawa ada tangan yang selalu membimbing langkah kita dalam hidup ini. Kita menyebutnya tangan Tuhan. Dia selalu membimbing kita sesuai dengan ajaran-ajaranNya menurut pegangan agama Anda.

" Kualiti kedua, Anda boleh memperhatikan, bahawa ketika proses menulis, kita beberapa kali harus berhenti dan menggunakan peraut untuk menajamkan kembali pensil kita. Peraut itu seakan membuat si pensil menderita. Tetapi setelah proses meraut selesai, si pensil akan mendapatkan ketajamannya kembali. Begitu juga dengan kehidupan manusia. Kita harus berani menerima penderitaan dan kesusahan, termasuk pelbagai ujian dan cabaran, karena itu semuanya akan membuat kita menjadi manusia yang lebih baik dan berkualiti."

"Kualiti ketiga yang perlu Anda perhatikan adalah bahawa pensil selalu memberikan kita kesempatan untuk memadamkan kesilapan dan memperbaikinya. Oleh karena itu, memperbaiki kesalahan dalam hidup ini bukanlah hal yang buruk, bahkan membantu kita untuk tetap berada pada jalan yang benar. Hal ini sekaligus mengingatkan bahawa kita tidak pernah lari dari pelbagai jenis kesalahan."

"Kualiti keempat yakni tentang bahagian yang paling penting dari sebuah pensil. Jika kamu perhatikan, bahagian yang paling bermanfaat bukanlah bagian luarnya, melainkan arang yang ada di dalamnya. Begitu pula dengan kita. Oleh itu, kita harus selalu memupuk hal-hal baik yang ada di dalam diri kita dengan terus meningkatkan kualiti dalam diri. Oleh itu, kita perlu terus memupuk kekayaan mental dalam setiap tindakan kita."

"Kualiti kelima adalah bahawa kita harus sedari jika sebuah pensil selalu meninggalkan tanda/goresan. Seperti juga manusia, kita harus selalu sedar dan waspada karena apa pun yang kita perbuat dalam hidup ini akan meninggalkan kesan dan goresan. Maka berhati-hatilah dalam berfikir, berucap, dan bertindak sehingga, goresan yang kita tinggalkan akan menjadi guratan yang memberi manfaat bagi diri dan orang lain."

Sahabat yang luar biasa,
Hidup adalah proses belajar dan berjuang tanpa sempadan! Setiap saat kita tidak boleh lepas dari pelbagai unsur yang ada di sekeliling kita. Sebagai manusia, kita harus memiliki nilai spiritual untuk mengajarkan dan melatih diri kita agar selalu rendah hati. Kemudian, dalam menjalani kehidupan, kita seharusnya terus berusaha menggilap diri secara berterusan agar dapat meningkatkan kualiti peribadi.

Ingat, ketika melakukan pelbagai kesalahan, kita belajar mengemas kehidupan untuk terus menjadi peribadi yang lebih baik. Ketika kita maju, jangan lupa untuk tetap belajar. Melalui sikap belajar yang konsisten, semoga apa yang telah dan akan kita fikir, ucapkan, dan perbuat, mampu menjadi teladan bagi diri sendiri dan bermanfaat untuk orang lain sehingga, hidup kita akan jauh lebih bernilai.

No comments:

Post a Comment