Wednesday, December 8, 2010

Menjaga Komitmen


Ombak Tsunami
Sebagai seorang peribadi, kita pasti dihadapkan dengan pelbagai pilihan dalam hidup. Kadang kala, pilihan itu sangat sulit, kerana godaan-godaan sering kali memesong langkah kita dari tujuan yang sudah ditetapkan. Oleh itu, tetapkan hati, bulatkan tekad, agar selalu menjaga komitmen pada apa yang sudah dirancang.

Komitmen penting untuk memandu diri dan menjaga kita agar selalu pada rel yang betul. Komitmen yang kuat pada tujuan yang tetap, akan membuat kita fokus dalam memaksimumkan hasil yang kita dapat supaya langkah pun akan semakin mantap. Maka, kehidupan yang terumbang ambing, ganasnya ombak cabaran, sulitnya badai yang menghalang, pasti akan mampu dilewati dengan komitmen yang tinggi untuk mencapai kejayaan yang sejati.
Jaga komitmen dan teruskan perjuangan!

No comments:

Post a Comment